Monday, December 26, 2011

Hi Follower!

Assalamualaikum.

Dulu aku ada impian, aku rasa besar jugak impian aku. iaitu mahu menjadi penulis novel online. Maka, terhasillah blog ini. 'CHERITAMAYAKU' tapi, aku manusia yg kadang-kadang berasa bosan dan ketandusan idea. Maka, blog ini tidak sempat ku olah. walau satu entry novel pun. 


Jujur, aku ada buat novel, tapi aku simpan dekat folder je. Banyak jugak page dah aku buat. Tapi masatu, internet susah nak connect. Maka, aku biarkan je. Lama-lama aku semakin lupakan niat aku ni dan aku delete je apa yg aku dah creat tu. sengal kan? padahal aku dah tanam impian ni dari umur awal belasan tahun lagi kot! haih. T.T



Sekarang aku rasa, aku patut simpan je dulu cita-cita aku tu. Simpan kat ceruk lemari (almari) supaya semua orang takkan tahu lagi pasal cita-cita aku nih. 



Yang buat aku terharu, ada jugak yg sudi nak follow blog tergendala aku ni. padahal selama ni, satu entry je pun yg ada. tu pun entry intro. biasalah kan. Berbual tahik kucing je aku ni. hahaha.



but InsyaAllah. Lepasni, aku akan buat sungguh-sungguh. Doakan aku ya kamu kamu kamu yg baik hati :)




the new of me =) *motip sangat letak gambar sendiri. huahua.


Yg baik hati dan ohsem macam korang ni, kalau nak follow, boleh pergi dekat aku punya lagi satu blog. NADEA ROSLAN. Blog tu selalu lah aku update sebab macam diary hidup jugak ah! 


*best jugak acting like DIVA nih, PUIIIII -.-




hahaha... to be continued...